RAWATAN BATU KARANG

Berikut ialah produk-produk GESB yang disyorkan untuk rawatan Batu Karang. Untuk info tambahan bagi setiap produk, sila klik pada nama produk

Batu Karang (Buah Pinggang)

Batu karang di buah pinggang kerap berlaku ke atas pesakit gout, kekurangan vitamin A, mereka yang sering mendapat jangkitan kuman pada saluran air kencing, masalah metabolik seperti cystinuria (faktor kekeluargaan), obtruksi pada saluran kencing dll.
Tandanya ialah sakit (yang teramat) pada bahagian tepi pinggang (samada kiri atau kanan) yang akan menjalar di perut pada bahagian yang sama dan turun ke arah kawasan ari-ari. Ini disertai dengan perasaan kerap ingin membuang air kecil, air kencing berdarah dan rasa hendak buang air besar tapi tidak mengeluarkan najis.

Keadaan ini perlulah mendapat nasihat dan pemeriksaan doktor. Dinasihatkan juga untuk mengamalkan meminum air yang cukup iaitu 8 gelas sehari. Gamat boleh mengurangkan sakit, meredakan inflammasi dan melawaskan air kencing. Bioseed membantu mengeluarkan batu karang yang selama ini tidak memberikan sebarang simptom. Ubi jaga juga didapati mempunyai kesan untuk mengeluarkan batu karang dari buah pinggang.

1. PATI GAMAT PLUS
~  1 sudu besar 2 kali sehari
(Elok dimakan 1/2 jam selepas Bioseed)

2. BIOSEED
~  1 paket sehari untuk menjaga kesihatan
(Makan 1/2 jam sebelum makan pagi dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)

3. G CAFE UBI JAGA ORIGINAL
~ 2-3 cawan sehari

Batu Karang (Hempedu)

Cholelithiasis atau batu karang dalam pundi hempedu kerap terjadi kepada wanita yang gemuk dan berumur lebih dari 40 tahun. Faktor diabetes, masalah thyroid (hypothyroidism), jangkitan parasit juga memainkan peranan. Tanda nya ialah sakit pada bahagian kanan perut bersebelahan dengan ulu hati disertai dengan rasa kembung, loya dan muntah. Perut jika ditekan akan berasa amat sakit di bahagian yang tersebut dan kadangkala sakit akan terasa juga di bahagian kanan bahu. Tanda ini selalu berlaku beberapa jam selepas memakan makanan yang berlemak.

Anda dinasihat mendapat rawatan doktor kerana jika ianya dibiarkan, dapat menyebabkan kerosakan pada hati dan pankreas, disertai dengan demam kuning. Pembedahan membuang pundi hempedu adalah disyorkan untuk mengelakkan komplikasi di atas.

Gamat dapat membantu mengurangkan sakit dan radang. Ia juga membantu menyembuhkan luka selepas pembedahan. Terdapat juga dalam kes yang tertentu, didapati kombinasi Bioseed dan Pati Gamat mampu memecah / menghilangkan batu karang hempedu.

1. PATI GAMAT PLUS
~ 1 sudu besar 2 kali sehari
(Elok dimakan 1/2 jam selepas Bioseed)

2. BIOSEED
~ 1 paket 2 kali sehari
(Makan 1/2 jam sebelum makan pagi dan malam dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)

3. G CAFE UBI JAGA ORIGINAL
~ 2-3 cawan sehari
(mampu mengelakkan pembentukan batu karang sebanyak 45%)

4. GEL GAMAT
~ disapu pada luka pembedahan

Untuk tempahan:

 019 - 817 7258 


Sumber: Perunding GESB

** Cadangan penggunaan ini hanya sebagai panduan. Kesan dan proses pemulihan bergantung kepada keadaan setiap pesakit terbabit. Dapatkan Set Perawatan yang sesuai untuk menyelesaikan masalah kesihatan anda.

No comments:

Post a Comment